Sekola Baru, dunia pun baru! :'D


 Haa , Fafa nak cerita sikit tentang sekolah baru fafa ney! First jejakkan kaki di dunia sekolah menengah ni, rasa terharu pula.. sebab? Haaa , entahlah , tak tahu sebab pe, tapi terharu tu adelah.. :D
Mula-2 everythings okay . Semua cukup, tak ada yang hilang, peraturan agak longgar . Rasa cam bertuah masuk sekolah tu. Tapi masuk je minggu kedua ngan ketiga, astaghfirullah ... tudung hilang,kain kena curi n banyak lagilah.. alahai.. tenshem gila seyh! >.<

 Fafa try gak cari kat ampaian , round satu floor , dorm ke dorm . Tapi takde jugak! AIK?! Pelik nyelah..takkan tudung ngan kain tu berjalan kot . HUH , yela, orang curi, mana nak ngaku dia curi . kan? Betul tak? Takpelah, normal la tu, duk asrama memang selalu ada barang hilang . huahuahua . Tapi tudung warna hitam kena rampas dek warden.. muahahaha , sebab tak simpan dalam locker . HAH , PADAN NGAN MUKA AKU! Lupa nak simpan seyh -_-" 
Tapi Fafa malas nak amek balik masa aktiviti "CARI GALI" tu. HAHA , malas nak bayar 50 sen. mahal tau, ehhh , korang cakap murah? oit! 50 sen boleh tepon mak fafa tau! Baek biar je tudung tuh, HAHAHAHAHAHA . eehhhhh , korang tak tau ke "cari gali" tu apa? haa , tu ialah aktiviti untuk barang-2 orang yang kena rampas...then , masa aktiviti tu, boleyla kita cari barang-2 yang kita ilang . Tapi kena bayar 50 sen satu barang .Wahhh , macam beli barang-2 bundle je pulak -_-"

 Ok , pasal peraturan pulak.. fuhh , masa prep malam pertama tu kan, warden kasitau tentang peraturan-2 di asrama . PERGHHHH , ketat seyhh , then , warden tambah pulak peraturan.. HUH , terus hati rasa tak sedap.. ;'(
Terus rasa tenshem, tak best duk asrama . itulah, inilah.. HUH! Rasa menyesal pun ada...Tapi... bila dah lama-2 rasa macam best! Dah biasa . Akak senior cakap, peraturan dia taklah ketat mana, boleh ikut . lama-2 jadi biasalah! YA!! betul kata akak! :D 

 Pasal sekolah pulak..haa , memang best tau, sebelum gi sekolah , ada rolkol.. errrr , korang tau ke rolkol tu apa? hmm.., korang buat-2 tau sudah la yerp? HAHAHAHA (GELAK JAHAT) . lepas rolkol , terus gi sekolah n berkumpul kat dataran macam perhimpunan pulak. setiap hari pulak tuh.. -_-" Hadoi! Kena bawa buku "Catatan Pelajar"! Kalau tak? Kena tulis nama n pengawas tu bagi kat U.Hairul.. :O
Bila dengar nama ustaz hairul, kecut perut Fafa. korang nak tau ustaz hairul tu sapa? Ustaz yang garang+mulut direct! fuhhh , aritu dengar ustaz tuh marah kat akak-2 form bape entah sebab buat salah.. Memang menakutkan betul! Tapi Fafa suka masa beliau buat tazkirah lepas maghrib, memang tak kering gusi bila beliau buat tazkirah. Asyik gelak je.. hihihi ..

Alright-2, sambung pasal topik kat sekolah.. Boleh dikatakan kelas kitorang ni bertuah lah jugak en? Sebab cikgu-2 kebanyakannya baik-2 n sporting . Tapi satu je yang Fafa takut ney , Cikgu Raziah.. mengajar BM kelas kitorang.. bapok gile garang erhh , aritu , kawan fafa tak bawak buku . Dia "pang-3" budak tak bawak uh ngan buku YAYA..korang tau ke "pang-3" tu apa? HAHAHA , kena pukul ngan buku kawan Fafa . sian orang yang kena pukul uh..tapi , PADAN muka buku sapa yang kena rembat tuh.. bhahahahahaha (gelak jahad) err , sorry yaa YAYA atau lebih senang dipanggil "Kecik" ? huahuahua .. ^_^ Gurau-2 sekali sekala takpa kan? :D

k r, xde apa nak cakap agi . bye, salam smua~~ ^_^




A million thx for reading ;D

HAK MILIK FARAH MUNIRAH ;D